Sunday, October 31, 2010

Jurnal Refleksi : Minggu 14

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pelbagai info dan maklumat telah saya kumpul sepanjang 14 minggu kuliah. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada pensyarah, Encik Amran Aris kerana segala ilmu yang diperturunkan kepada saya selama ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut sama membantu saya untuk lebih mendalami kursus ini.

Sepanjang 14 minggu berkuliah, secara umunya sesi pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang serius. Kuliah telah berjaya dikendalikan dengan baik dan jelas oleh pensyarah. Segala penerangan daripada pensyarah telah berjaya menjadikan pelajar-pelajar berjaya memahami dan menguasai sebahagian besar daripaada objektif pembelajaran.

Berhubungan dengan kaedah pembelajaran berdasarkan kepada penggunaan Blog dan Facebook, ia dilihat sebagai satu usaha yang baik dalam meningkatkan penggunaan IT dalam sesi pembelajaran di antara pensyarah dan pelajar. Dengan hampir 70% elemen IT sebagai alat pembelajaran, kaedah ini juga perlu dimurnikan terlebih dahulu jika ia mahu diaplikasi dalam sesi pembelajaran yang sebenar. Kaedah ini dilihat sesuai digunakan jika setiap pelajar mendapat akses internet yang benar-benar mantap. Dengan kekangan kemudahan internet bagi segelintir pelajar, sedikit kesukaran dihadapi terutama pada waktu memuat turun tugasan dan latihan di atas talian. Internet yang perlahan akan melunturkan semangat pelajar yang mahu menyelesaikan tugasan.

Seterusnya adalah perkara berkaitan dengan tugasan jurnal refleksi. Pada minggu awal kuliah sedikit kekeliruan dan kesukaran dihadapi semasa melakukan jurnal refleksi. Kekeliruan berlaku kerana sukar membuat apakah yang perlu dinyatakan dalam refleksi tersebut. Namun pada minggu-minggu seterusnya, refleksi menjadi semakin mudah kerana telah biasa melakukan tugasan tersebut pada setiap minggu. Namun begitu, refleksi dan dicadangkan sesuai dilakukan setiap minggu tetapi soalan bagi setiap minggu sukar untuk dilaksanakan. Perkara ini menjadi lebih sukar terutama bagi kami bukan pelajar major muzik.

Secara keseluruhannya, sesi pembentangan semua pelajar berjalan dengan baik. Meskipun pengibatan pelajar tidak semua yang aktif tetapi ia telah berjaya mencetuskan minat pelajar untuk mendalami muzik tradisional. Akhir kata, semoga berjaya kepada pensyarah saya dan rakan-rakan sekalian.

Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Friday, October 15, 2010

Minggu 12 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pembentangan pelajar minggu ini adalah berkaitan dengan muzik Opera Cina & wayang Po Te Hi bagi kumpulan pertama dan muzik Sabah dan Sarawak bagi kumpulan kedua.

Kumpulan pertama telah membuat pembentangan yang baik berkaitan Opera Cina & wayang Po Te Hi. Usaha menemui respoden bagi melengkapkan kerja lapangan perlu dipuji. Walaupun mereka tidak dapat menunjukkan demonstrasi kerana kekurangan bahan tetapi setidak-tidaknya penerangan mereka adalah jelas. Penerangan juga baik ditambah dengan maklumat-maklumat yang diterima semasa kerja lapangan. Audien telah mendapat maklumat yang selama ini tidak difahami berkaitan dengan Opera Cina. Walaubagaimanapun, saya mencadangkan pembentangan berkaitan dengan wayang Po Te Hi perlu diperjelas dengan lebih terperinci lagi. Ini kerana maklumat berkaitan wayang Po Te Hi begitu kurang dan tidak begitu jelas. Persembahan video juga memuaskan. Secara keseluruhannya pembentangan ini menarik kerana jarang audien berpeluang mendengar pembentangan tajuk muzik yang unik seperti Opera Cina & wayang Po Te Hi.

Pembentangan kumpulan kedua bermula dengan baik. Pembentang-pembentang dapat menyampaikan isi pembentangan dengan baik. Walaubagaimanapun, pembentang dilihat tidak bersedia bagi menerangkan pelbagai istilah-istilah kerana muzik Sabah & Sarawak mempunyai pelbagai istilah muzik yang pelik. Mereka tidak menguasai istilah dan seringkali gagal menjawab maksud yang diajukan kepada mereka. Persembahan video juga kurang memuaskan. Secara keseluruhannya pembentangan dan isi kumpulan ini adalah baik dan memuaskan.

Tahniah dan syabas kepada kedua-dua kumpulan.
Teruskan Membaca...

Thursday, October 7, 2010

Minggu 11 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembentangan pelajar pada minggu ini diteruskan dengan kumpulan seterusnya iaitu kumpulan yang membentangkan Muzik Ghazal. Kumpulan ini terdiri dari hanya tiga orang pelajar sahaja namun mereka telah menghasilkan satu sesi pembentangan yang secara keseluruhannya adalah baik. Isi dan maklumat yang disampaikan adalah padat dan terkini. Usaha kumpulan ini melakukan kerja lapangan bagi menyelesaikan tugasan perlu diberi pujian. Sepanjang pembentangan dilakukan terdapat beberapa kesalahan ejaan dan istilah pada slaid pembentang namun telah ditegur dengan baik oleh pensyarah. Satu cadangan yang boleh diberikan pada masa akan datang adalah setiap kumpulan pembentang perlu menyemak semula setiap slaid agar tidak mengundang kekeliruan. Sesi soal jawab antara pelajar dan pembentang berlangsung dengan aktif dan penglibatan pelajar adalah responsif. Beberapa soalan telah dijawab dengan sebaik mungkin oleh pembentang. Sesi pembentangan kali ini telah dikejutkan dengan lawatan pelajar dari SMK Malim, Melaka. Kumpulan ini walaubagaimanapun dilihat bijak memarik minat pelajar sekolah dan guru-guru pengiring untuk turut sama mendengar pembentangan mereka.

Syabas dan tahniah kepada kumpulan Muzik Ghazal!
Teruskan Membaca...

Minggu 10 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada minggu ini, dua kumpulan pelajar telah membuat pembentangan. Kumpulan pertama membentangkan berkenaan dengan Muzik India dan kumpulan kedua membentangkan berkenaan Muzik Orang Asli.

Kumpulan pertama yang mana membentang muzik India telah melakukan satu sesi pembentangan menarik dan lancar. Usaha kumpulan ini membentang dengan dibantu oleh laporan kerja lapangan yang mereka lakukan telah menghasilkan satu tugasan yang baik. Meskipun tidak semua soalan boleh dijawab dengan baik oleh ahli dalam kumpulan ini tetapi percubaan yang baik telah dilakukan mereka.

Kumpulan kedua telah membentang berkenaan dengan muzik Orang Asli. Secara jujurnya, ini lah kali pertama saya berpeluang dan bertuah dapat berkenalan dengan muzik Orang Asli dengan lebih mendalam. Kumpulan ini juga telah melakukan kerja lapangan dan usaha ini dilihat begitu baik. Mereka telah memberi penerangan dengan jelas dan hasil kerja lapangan yang dilakukan sangat membantu mereka dalam mengumpul bahan bagi tugasan ini.

Tahniah kepada kedua-dua kumpulan!
Teruskan Membaca...

Sunday, September 26, 2010

Minggu 9 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu kesembilan menyaksikan dua kumpulan membuat pembentangan. Kumpulan pertama membentangkan berkaitan dengan muzik tradisional Ghazal dan kumpulan kedua membentangkan muzik tradisional Opera Cina.

Pengetahuan saya tentang muzik ghazal adalah muzik ini begitu popular dan sering dimainkan di negeri Johor. Daripada pembentangan yang dibuat, ghazal di Malaysia terdiri dari ghazal Phati (Utara Malaysia) dan Ghazal Johor (Selatan Malaysia. Kisah ghazal di Johor dikatakan bermula apabila Datuk Bentara Luar Mohd Salleh bin Perang telah memainkan ghazal dalam satu pembukaan satu daerah di Johor. Dalam bahasa Arab ghazal bermakna puisi kasih. Alat muzik yang biasanya mengiringi muzik Ghazal Johor adalah gambus, gitar, violin, tamborin, jidur, mandolin dan harmonium. Manakala, muzik Ghazal Phati pula kebiasaannya diiringi dengan alat muzik seperti gambus, violin, gitar, harmonium, tamborin, keyboard dan seruling.

Pembentangan bagi kumpulan opera Cina telah memberi saya beberapa makluman yang sebelum ini tidak saya ketahui. Secara rumusannya, dapat saya rumuskan bahawa opera Cina merupakan sebuah teater muzikal yang dipersembahkan dengan memasukkan beberapa elemen. Elemen utama dalam opera Cina adalah lakonan, nyanyian, muzik dan tarian. Beberapa pelakon dalam teater ini akan membawa peranan masing-masing dan antara watak yang terlibat adalah raja, puteri dan putera raja, jeneral, askar-askar, dayang dan pengasuh raja. Pelakon dalam teater ini biasanya akan disolek dengan solekan tebal dan wujud juga watak pelawak (chou) bagi menceriakan jalan cerita. Jalan cerita dalam teater ini juga biasanya terdiri dari kisah-kisah di istana dan cerita raja-raja.
Teruskan Membaca...

Friday, September 10, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Minggu ini kuliah adalah melibatkan pembentangan oleh pelajar. Kumpulan saya terlibat dalam melakukan pembentangan dan tajuk yang telah diberikan adalah muzik tradisional Boria.

Kumpulan kami hanya melaksanakan pembentangan dengan melibatkan tiga orang ahli daripada lima orang ahli sahaja. Secara keseluruhannya, kumpulan kami telah melaksanakan tugasan pembentangan dengan sebaik mungkin. Pensyarah telah membantu dengan memberikan komen yang membina dalam memperbaiki dan memperkemas isi-isi berkaitan dengan boria. Pengenalan untuk boria menurut pensyarah perlu diberi penambahan dengan pensyarah telah memberikan beberapa bahan bacaan tambahan yang boleh dibaca dan alternatif lain seperti maklumat di internet untuk kumpulan kami memantapkan lagi isi dalam tugasan boria kali ini. Selain itu, aspek pembentangan seperti kelantangan suara juga dititikberatkan oleh pensyarah agar kami dapat menyampaikan maklumat kepada audien dengan lebih jelas lagi. Segala teguran oleh pensyarah akan membantu kami dalam membaiki mutu pembentangan di masa akan datang.

Seterusnya, sesi soal jawab antara kami dan audien juga berjalan dengan baik. Kumpulan kami sedaya upaya telah mencuba memberi maklum balas yang terbaik kepada setiap soalan yang diajukan. Pensyarah juga telah membantu kami dalam sesi soal jawab bagi membuat perincian dan penerangan lebih lanjut kepada soalan-soalan yang dijawab oleh kumpulan kami.

Sekian.
Teruskan Membaca...

Sunday, August 29, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kuliah 7 merupakan pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan pelajar-pelajar. Pembentangan dilakukan oleh dua kumpulan di mana kumpulan pertama membentangkan tajuk berkaitan sejarah muzik tradisional dan kumpulan kedua membawa tajuk zikir di Malaysia.

Pembentangan berkaitan sejarah muzik tradisional telah memperjelas tentang perkembangan muzik tradisional yang dikatakan berasal dari Barat, India, Timur Tengah dan China. Perkembangan muzik tradisional dicatatkan bermula semenjak kedatangan pedagang-pedagang dari negara Arab, China dan India. Pedagang-pedagang luar bukan sahaja membawa barang dagangan tetapi turut sama menyebarkan budaya, kesusasteraan dan muzik mereka hingga meresapi ke seluruh alam Melayu khususnya. Muzik dari keempat-empat negara ini begitu jelas mempengaruhi muzik tradisi negara kita sehingga ke hari ini. Alat muzik juga dibawa bersama-sama dalam muzik tradisi masyarakat asal dan seterusnya telah diubahsuai dan membentuk muzik tradisi masyarakat di Malaysia. Antara alat muzik yang dibawa masuk dan kekal hingga ke hari ini adalah rebab, gambus, gong dan serunai. Perkembangan muzik tradisional juga dipengaruhi dengan kedatangan Islam. Jika sebelum itu masyarakat Melayu adalah dipengaruhi dengan unsur Hindu Buddha, kedatangan Islam telah menukar sedikit sebanyak muzik tradisional dan menyelitkan sama unsur Islam dalam persembahan. Banyak contoh persembahan yang ada pada hari ini yang berasal dari Arab adalah seperti zikir, ghazal dan hadrah. Manakala seni persembahan opera Cina dan tarian naga adalah berasal dari negara China. Seterusnya kedatangan Barat ke alam Melayu telah membawa alat muzik seperti gitar dan biola.

Pembentangan seterusnya berkaitan dengan zikir. Zikir dicatatkan berasal dari Arab. Zikir merupakan amalan yang sering dilakukan oleh semua umat Islam. Zikir bermaksud mengingati Allah swt bagi mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Selain itu, zikir bermaksud menyebut nama Allah swt. Zikir di Tanah Melayu bermula sejak abad ke tujuh lagi. Zikir pada hari ini sering dilaksana dalam majlis tertentu seperti di majlis tahlil, kesyukuran serta di majlis-majlis ilmu. Terdapat dua kelas zikir iaitu selabik dan mono sematik. Rebana sering digunakan bagi mengiringi persembahan zikir. Setiap muslim perlu menjadikan zikir sebagai amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah swt.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    13 years ago
  • REFLEKSI KESELURUHAN - SALAM... Setelah 14 minggu bersama di dalam kelas SMP 2252 Muzik Tradisional ini telah banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan saya kira rakan-rak...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    13 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    13 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    13 years ago
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    13 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    13 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    13 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    13 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    13 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    13 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    13 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    13 years ago

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP 2252 MUNIRAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template