Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pembentangan pelajar minggu ini adalah berkaitan dengan muzik Opera Cina & wayang Po Te Hi bagi kumpulan pertama dan muzik Sabah dan Sarawak bagi kumpulan kedua.
Kumpulan pertama telah membuat pembentangan yang baik berkaitan Opera Cina & wayang Po Te Hi. Usaha menemui respoden bagi melengkapkan kerja lapangan perlu dipuji. Walaupun mereka tidak dapat menunjukkan demonstrasi kerana kekurangan bahan tetapi setidak-tidaknya penerangan mereka adalah jelas. Penerangan juga baik ditambah dengan maklumat-maklumat yang diterima semasa kerja lapangan. Audien telah mendapat maklumat yang selama ini tidak difahami berkaitan dengan Opera Cina. Walaubagaimanapun, saya mencadangkan pembentangan berkaitan dengan wayang Po Te Hi perlu diperjelas dengan lebih terperinci lagi. Ini kerana maklumat berkaitan wayang Po Te Hi begitu kurang dan tidak begitu jelas. Persembahan video juga memuaskan. Secara keseluruhannya pembentangan ini menarik kerana jarang audien berpeluang mendengar pembentangan tajuk muzik yang unik seperti Opera Cina & wayang Po Te Hi.
Pembentangan kumpulan kedua bermula dengan baik. Pembentang-pembentang dapat menyampaikan isi pembentangan dengan baik. Walaubagaimanapun, pembentang dilihat tidak bersedia bagi menerangkan pelbagai istilah-istilah kerana muzik Sabah & Sarawak mempunyai pelbagai istilah muzik yang pelik. Mereka tidak menguasai istilah dan seringkali gagal menjawab maksud yang diajukan kepada mereka. Persembahan video juga kurang memuaskan. Secara keseluruhannya pembentangan dan isi kumpulan ini adalah baik dan memuaskan.
Tahniah dan syabas kepada kedua-dua kumpulan.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
1 comments:
Betul itu...semoga segala kekhilafan yang tercipta dapat diperbaiki di dalam blog agar menjadi panduan kami dalam peperiksaan dan masa hadapan...terima kasih
Post a Comment