tag:blogger.com,1999:blog-81167918902878253602024-02-19T07:55:03.003-08:00SMP 2252 MUNIRAHSMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.comBlogger13125tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-8334131153681203712010-10-31T08:01:00.000-07:002010-10-31T08:01:07.157-07:00Jurnal Refleksi : Minggu 14Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pelbagai info dan maklumat telah saya kumpul sepanjang 14 minggu kuliah. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada pensyarah, Encik Amran Aris kerana segala ilmu yang diperturunkan kepada saya selama ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut sama membantu saya untuk lebih mendalami kursus ini.

Sepanjang 14 minggu berkuliah, secara umunya sesi pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang serius. Kuliah telah berjaya dikendalikan dengan baik dan jelas oleh pensyarah. Segala penerangan daripada pensyarah telah berjaya menjadikan pelajar-pelajar berjaya memahami dan menguasai sebahagian besar daripaada objektif pembelajaran.

Berhubungan dengan kaedah pembelajaran berdasarkan kepada penggunaan Blog dan Facebook, ia dilihat sebagai satu usaha yang baik dalam meningkatkan penggunaan IT dalam sesi pembelajaran di antara pensyarah dan pelajar. Dengan hampir 70% elemen IT sebagai alat pembelajaran, kaedah ini juga perlu dimurnikan terlebih dahulu jika ia mahu diaplikasi dalam sesi pembelajaran yang sebenar. Kaedah ini dilihat sesuai digunakan jika setiap pelajar mendapat akses internet yang benar-benar mantap. Dengan kekangan kemudahan internet bagi segelintir pelajar, sedikit kesukaran dihadapi terutama pada waktu memuat turun tugasan dan latihan di atas talian. Internet yang perlahan akan melunturkan semangat pelajar yang mahu menyelesaikan tugasan.

Seterusnya adalah perkara berkaitan dengan tugasan jurnal refleksi. Pada minggu awal kuliah sedikit kekeliruan dan kesukaran dihadapi semasa melakukan jurnal refleksi. Kekeliruan berlaku kerana sukar membuat apakah yang perlu dinyatakan dalam refleksi tersebut. Namun pada minggu-minggu seterusnya, refleksi menjadi semakin mudah kerana telah biasa melakukan tugasan tersebut pada setiap minggu. Namun begitu, refleksi dan dicadangkan sesuai dilakukan setiap minggu tetapi soalan bagi setiap minggu sukar untuk dilaksanakan. Perkara ini menjadi lebih sukar terutama bagi kami bukan pelajar major muzik.

Secara keseluruhannya, sesi pembentangan semua pelajar berjalan dengan baik. Meskipun pengibatan pelajar tidak semua yang aktif tetapi ia telah berjaya mencetuskan minat pelajar untuk mendalami muzik tradisional. Akhir kata, semoga berjaya kepada pensyarah saya dan rakan-rakan sekalian.

Sekian, terima kasih.SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-37705715478925793562010-10-15T23:16:00.000-07:002010-10-15T23:16:23.385-07:00Minggu 12 : Jurnal RefleksiAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembentangan pelajar minggu ini adalah berkaitan dengan muzik Opera Cina & wayang Po Te Hi bagi kumpulan pertama dan muzik Sabah dan Sarawak bagi kumpulan kedua.

Kumpulan pertama telah membuat pembentangan yang baik berkaitan Opera Cina & wayang Po Te Hi. Usaha menemui respoden bagi melengkapkan kerja lapangan perlu dipuji. Walaupun mereka tidak dapat menunjukkan demonstrasi kerana kekurangan bahan tetapi setidak-tidaknya penerangan mereka adalah jelas. Penerangan juga baik ditambah dengan maklumat-maklumat yang diterima semasa kerja lapangan. Audien telah mendapat maklumat yang selama ini tidak difahami berkaitan dengan Opera Cina. Walaubagaimanapun, saya mencadangkan pembentangan berkaitan dengan wayang Po Te Hi perlu diperjelas dengan lebih terperinci lagi. Ini kerana maklumat berkaitan wayang Po Te Hi begitu kurang dan tidak begitu jelas. Persembahan video juga memuaskan. Secara keseluruhannya pembentangan ini menarik kerana jarang audien berpeluang mendengar pembentangan tajuk muzik yang unik seperti Opera Cina & wayang Po Te Hi.

Pembentangan kumpulan kedua bermula dengan baik. Pembentang-pembentang dapat menyampaikan isi pembentangan dengan baik. Walaubagaimanapun, pembentang dilihat tidak bersedia bagi menerangkan pelbagai istilah-istilah kerana muzik Sabah & Sarawak mempunyai pelbagai istilah muzik yang pelik. Mereka tidak menguasai istilah dan seringkali gagal menjawab maksud yang diajukan kepada mereka. Persembahan video juga kurang memuaskan. Secara keseluruhannya pembentangan dan isi kumpulan ini adalah baik dan memuaskan.

Tahniah dan syabas kepada kedua-dua kumpulan.SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-52937190023855833132010-10-07T08:18:00.000-07:002010-10-07T08:18:10.227-07:00Minggu 11 : Jurnal RefleksiAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembentangan pelajar pada minggu ini diteruskan dengan kumpulan seterusnya iaitu kumpulan yang membentangkan Muzik Ghazal. Kumpulan ini terdiri dari hanya tiga orang pelajar sahaja namun mereka telah menghasilkan satu sesi pembentangan yang secara keseluruhannya adalah baik. Isi dan maklumat yang disampaikan adalah padat dan terkini. Usaha kumpulan ini melakukan kerja lapangan bagi menyelesaikan tugasan perlu diberi pujian. Sepanjang pembentangan dilakukan terdapat beberapa kesalahan ejaan dan istilah pada slaid pembentang namun telah ditegur dengan baik oleh pensyarah. Satu cadangan yang boleh diberikan pada masa akan datang adalah setiap kumpulan pembentang perlu menyemak semula setiap slaid agar tidak mengundang kekeliruan. Sesi soal jawab antara pelajar dan pembentang berlangsung dengan aktif dan penglibatan pelajar adalah responsif. Beberapa soalan telah dijawab dengan sebaik mungkin oleh pembentang. Sesi pembentangan kali ini telah dikejutkan dengan lawatan pelajar dari SMK Malim, Melaka. Kumpulan ini walaubagaimanapun dilihat bijak memarik minat pelajar sekolah dan guru-guru pengiring untuk turut sama mendengar pembentangan mereka.

Syabas dan tahniah kepada kumpulan Muzik Ghazal!SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-90682377388818925552010-10-07T07:59:00.000-07:002010-10-07T07:59:45.720-07:00Minggu 10 : Jurnal RefleksiAssalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ini, dua kumpulan pelajar telah membuat pembentangan. Kumpulan pertama membentangkan berkenaan dengan Muzik India dan kumpulan kedua membentangkan berkenaan Muzik Orang Asli.

Kumpulan pertama yang mana membentang muzik India telah melakukan satu sesi pembentangan menarik dan lancar. Usaha kumpulan ini membentang dengan dibantu oleh laporan kerja lapangan yang mereka lakukan telah menghasilkan satu tugasan yang baik. Meskipun tidak semua soalan boleh dijawab dengan baik oleh ahli dalam kumpulan ini tetapi percubaan yang baik telah dilakukan mereka.

Kumpulan kedua telah membentang berkenaan dengan muzik Orang Asli. Secara jujurnya, ini lah kali pertama saya berpeluang dan bertuah dapat berkenalan dengan muzik Orang Asli dengan lebih mendalam. Kumpulan ini juga telah melakukan kerja lapangan dan usaha ini dilihat begitu baik. Mereka telah memberi penerangan dengan jelas dan hasil kerja lapangan yang dilakukan sangat membantu mereka dalam mengumpul bahan bagi tugasan ini.

Tahniah kepada kedua-dua kumpulan!SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-33535701646133226332010-09-26T02:09:00.000-07:002010-09-26T02:09:20.656-07:00Minggu 9 : Jurnal RefleksiAssalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu kesembilan menyaksikan dua kumpulan membuat pembentangan. Kumpulan pertama membentangkan berkaitan dengan muzik tradisional Ghazal dan kumpulan kedua membentangkan muzik tradisional Opera Cina.

Pengetahuan saya tentang muzik ghazal adalah muzik ini begitu popular dan sering dimainkan di negeri Johor. Daripada pembentangan yang dibuat, ghazal di Malaysia terdiri dari ghazal Phati (Utara Malaysia) dan Ghazal Johor (Selatan Malaysia. Kisah ghazal di Johor dikatakan bermula apabila Datuk Bentara Luar Mohd Salleh bin Perang telah memainkan ghazal dalam satu pembukaan satu daerah di Johor. Dalam bahasa Arab ghazal bermakna puisi kasih. Alat muzik yang biasanya mengiringi muzik Ghazal Johor adalah gambus, gitar, violin, tamborin, jidur, mandolin dan harmonium. Manakala, muzik Ghazal Phati pula kebiasaannya diiringi dengan alat muzik seperti gambus, violin, gitar, harmonium, tamborin, keyboard dan seruling.

Pembentangan bagi kumpulan opera Cina telah memberi saya beberapa makluman yang sebelum ini tidak saya ketahui. Secara rumusannya, dapat saya rumuskan bahawa opera Cina merupakan sebuah teater muzikal yang dipersembahkan dengan memasukkan beberapa elemen. Elemen utama dalam opera Cina adalah lakonan, nyanyian, muzik dan tarian. Beberapa pelakon dalam teater ini akan membawa peranan masing-masing dan antara watak yang terlibat adalah raja, puteri dan putera raja, jeneral, askar-askar, dayang dan pengasuh raja. Pelakon dalam teater ini biasanya akan disolek dengan solekan tebal dan wujud juga watak pelawak (chou) bagi menceriakan jalan cerita. Jalan cerita dalam teater ini juga biasanya terdiri dari kisah-kisah di istana dan cerita raja-raja.SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-24276682063074012082010-09-10T08:40:00.000-07:002010-09-10T08:40:49.315-07:00Minggu 8 : Jurnal RefleksiAssalamualaikum dan Salam sejahtera.

Minggu ini kuliah adalah melibatkan pembentangan oleh pelajar. Kumpulan saya terlibat dalam melakukan pembentangan dan tajuk yang telah diberikan adalah muzik tradisional Boria.

Kumpulan kami hanya melaksanakan pembentangan dengan melibatkan tiga orang ahli daripada lima orang ahli sahaja. Secara keseluruhannya, kumpulan kami telah melaksanakan tugasan pembentangan dengan sebaik mungkin. Pensyarah telah membantu dengan memberikan komen yang membina dalam memperbaiki dan memperkemas isi-isi berkaitan dengan boria. Pengenalan untuk boria menurut pensyarah perlu diberi penambahan dengan pensyarah telah memberikan beberapa bahan bacaan tambahan yang boleh dibaca dan alternatif lain seperti maklumat di internet untuk kumpulan kami memantapkan lagi isi dalam tugasan boria kali ini. Selain itu, aspek pembentangan seperti kelantangan suara juga dititikberatkan oleh pensyarah agar kami dapat menyampaikan maklumat kepada audien dengan lebih jelas lagi. Segala teguran oleh pensyarah akan membantu kami dalam membaiki mutu pembentangan di masa akan datang.

Seterusnya, sesi soal jawab antara kami dan audien juga berjalan dengan baik. Kumpulan kami sedaya upaya telah mencuba memberi maklum balas yang terbaik kepada setiap soalan yang diajukan. Pensyarah juga telah membantu kami dalam sesi soal jawab bagi membuat perincian dan penerangan lebih lanjut kepada soalan-soalan yang dijawab oleh kumpulan kami.

Sekian.SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-82383166781290874672010-08-29T07:31:00.000-07:002010-08-29T07:31:10.467-07:00Minggu 7 : Jurnal RefleksiAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kuliah 7 merupakan pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan pelajar-pelajar. Pembentangan dilakukan oleh dua kumpulan di mana kumpulan pertama membentangkan tajuk berkaitan sejarah muzik tradisional dan kumpulan kedua membawa tajuk zikir di Malaysia.

Pembentangan berkaitan sejarah muzik tradisional telah memperjelas tentang perkembangan muzik tradisional yang dikatakan berasal dari Barat, India, Timur Tengah dan China. Perkembangan muzik tradisional dicatatkan bermula semenjak kedatangan pedagang-pedagang dari negara Arab, China dan India. Pedagang-pedagang luar bukan sahaja membawa barang dagangan tetapi turut sama menyebarkan budaya, kesusasteraan dan muzik mereka hingga meresapi ke seluruh alam Melayu khususnya. Muzik dari keempat-empat negara ini begitu jelas mempengaruhi muzik tradisi negara kita sehingga ke hari ini. Alat muzik juga dibawa bersama-sama dalam muzik tradisi masyarakat asal dan seterusnya telah diubahsuai dan membentuk muzik tradisi masyarakat di Malaysia. Antara alat muzik yang dibawa masuk dan kekal hingga ke hari ini adalah rebab, gambus, gong dan serunai. Perkembangan muzik tradisional juga dipengaruhi dengan kedatangan Islam. Jika sebelum itu masyarakat Melayu adalah dipengaruhi dengan unsur Hindu Buddha, kedatangan Islam telah menukar sedikit sebanyak muzik tradisional dan menyelitkan sama unsur Islam dalam persembahan. Banyak contoh persembahan yang ada pada hari ini yang berasal dari Arab adalah seperti zikir, ghazal dan hadrah. Manakala seni persembahan opera Cina dan tarian naga adalah berasal dari negara China. Seterusnya kedatangan Barat ke alam Melayu telah membawa alat muzik seperti gitar dan biola.

Pembentangan seterusnya berkaitan dengan zikir. Zikir dicatatkan berasal dari Arab. Zikir merupakan amalan yang sering dilakukan oleh semua umat Islam. Zikir bermaksud mengingati Allah swt bagi mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Selain itu, zikir bermaksud menyebut nama Allah swt. Zikir di Tanah Melayu bermula sejak abad ke tujuh lagi. Zikir pada hari ini sering dilaksana dalam majlis tertentu seperti di majlis tahlil, kesyukuran serta di majlis-majlis ilmu. Terdapat dua kelas zikir iaitu selabik dan mono sematik. Rebana sering digunakan bagi mengiringi persembahan zikir. Setiap muslim perlu menjadikan zikir sebagai amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah swt.SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-49492869277309270992010-08-22T07:18:00.000-07:002010-08-22T07:18:34.428-07:00Minggu 6 : Jurnal RefleksiKuliah Minggu 6 adalah berfokuskan kepada muzik tradisional Makyung dan Kompang. Kami telah diperkenalkan kepada pelbagai pendekatan dalam muzik makyung dan kompang. Bagi muzik makyung, sasarannya adalah sejarah, persembahan dan alat muzik serta muzik makyung dalam bentuk melodi, bentuk dan irama.

Pengalaman menduduki kelas makyung minggu ini adalah saya dapat memahami sejarah makyung itu sendiri. Sejak kecil, saya telah memahami bahawa makyung adalah terkenal di negeri Kelantan. Makyung pada dasarnya berasal dari Wilayah Patani. Ia kemudiannya dibawa masuk ke Tanah Melayu sekitar 200 tahun lalu terutama ke negeri Kelantan dan Kedah. Makyung merupakan sejenis persembahan jenis drama tari dan kini sering disampaikan bagi tujuan persembahan. Pada zaman dahulu, makyung juga disampaikan bagi tujuan ritual atau penyembuhan penyakit. Cerita asal makyung adalah berkenaan Dewa Muda. Watak utama dalam muzik ini adalah watak Makyung dan Pakyung. Persembahan makyung tidak lengkap jika tidak diiringi dengan muzik dan tarian dalam penyampaian kisah-kisahnya. Alat muzik yang biasanya digunakan adalah rebab dan gendang.

Berikut adalah salah satu persembahan Makyung. Saksikan.

<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/WdagWbSPq84?fs=1&hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/WdagWbSPq84?fs=1&hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>

Bagi muzik tradisional kompang pula, sasaran bagi kuliah kali ini adalah sejarah, alat muzik serta muzik kompang dari aspek tempo dan rentak. Kompang dilihat adalah begitu sinonim dengan masyarakat Melayu kita. Hampir di setiap negeri sama ada bagi menyambut majlis formal atau tidak, kompang sering kali menjadi pilihan utama digunakan untuk memeriahkan suasana. Bagi saya, kompang adalah salah satu muzik tradisional yang paling dekat dengan masyarakat Melayu tanpa mengira muda atau tua, di bandar mahupun di desa. Kompang seperti yang saya pelajari adalah berasal dari negara Arab dan telah tersebar ke Kepulauan Melayu khususnya di Tanah Melayu dan Indonesia. Persembahan kompang begitu menitikberatkan soal pemakaian dan biasanya dipersembahkan secara berkumpulan. Setiap negeri membawa jenis muzik yang berbeza dan antara negeri yang aktif dalam muzik kompang adalah Melaka, Perak dan Selangor. Selain itu, teknik bermain kompang juga berbeza-beza dan antara teknik permainan adalah meningkan, melulu dan menyilang. Saya juga difahamkan bahawa muzik kompang telah mengalami inovasi dan salah satu daripadanya wujud muzik Kompang Formasi dan biasanya dipersembahkan bagi tujuan pertandingan. Kelas minggu ini juga berbeza dari kelas-kelas lain kerana saya telah berkesempatan untuk bermain kompang bersama rakan-rakan yang lain. Pengalaman bermain kompang ini adalah yang pertama kali kerana sebelum ini saya tidak pernah berpeluang memainkan alat muzik ini. Pensyarah telah memberi tunjuk ajar yang jelas sekali disamping dibantu oleh rakan-rakan yang lain.SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-59805832910886899902010-08-12T22:46:00.000-07:002010-08-12T22:46:45.134-07:00Minggu 5 : Jurnal RefleksiMinggu kelima kuliah adalah bertajuk Gamelan dan Caklempong. Kuliah telah dimulakan dengan pensyarah memberi penerangan berkaitan dengan muzik gamelan. Penekanan dalam gamelan dan caklempong adalah berkaitan dengan sejarah dan jenis-jenis, alat muzik dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur.

Secara ringkasnya, saya telah memperolehi beberapa pengajaran baru hasil dari kuliah ini. Kuliah ini telah memberi saya penekanan bahawa pada dasarnya gamelan dan caklempong adalah merupakan muzik yang sama antara keduanya. Namun, terdapat beberapa perkara yang membezakan antara dua jenis alat muzik ini. Rentak antara kedua muzik ini boleh dibezakan dengan jelas apabila caklempong dimainkan dengan rentak yang laju dan gamelan dimainkan lebih perlahan. Perbezaan yang lain adalah dari segi peralatan di mana muzik caklempong boleh dikenalpasti apabila wujud elemen peralatan erofon seperti bangsi dan serunai dalam muziknya.

Manakala dari segi sejarahnya, kedua jenis muzik ini adalah berasal dari Indonesia. Di sini, saya dapat melihat betapa besarnya pengaruh Indonesia pada kedua jenis muzik in. Baik gamelan mahupun caklempong muzik asal keduanya adalah berasal dari Indonesia. Namun, muzik gamelan dan caklempong dari Indonesia sudah pun mengalami perubahan dan disesuaikan dengan masyarakat dan budaya tempatan.

Gamelan terdiri dari dua jenis yang utama iaitu Gamelan Jawa dan Gamelan Melayu.Bagi alat muzik pula, kebanyakan alat muzik gamelan kedua jenis adalah sama tetapi Gamelan Jawa adalah lebih rumit dan mempunyai tambahan beberapa alat muzik yang lain. Gamelan Melayu memiliki tujuh alatan dan Gamelan Jawa mempunyai sembilan alatan muzik.

Pada masa dahulu, gamelan sering dimainkan sebagai simbol sesuatu majlis akan berlangsung. Pada waktu ini pula, dapat saya rumuskan bahawa muzik ini juga sering dimainkan secara simbolik sahaja terutama dalam pembukaan satu-satu majlis. Muzik gamelan juga merupakan muzik yang dimainkan di istana-istana. Konteksnya telah berubah tidak seperti pada zaman dahulu yang mana muzik ini sangat penting untuk dimainkan sebagai satu tanda pembukaan majlis atau upacara. Perkara ini berlaku kerana perubahan zaman dari masyarakat tradisi ke masyarakat moden. Bagi muzik caklempong pula, ia sering dimainkan bagi mengiringi tarian, majlis-majlis keramaian, tarian piring serta mengiringi satu majlis pencak silat.

Sebagai penutup, saksikan muzik gamelan dari Terengganu dan muzik caklempong yang mengiringi tarian piring dari Negeri Sembilan.

<object width="480" height="405"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/LSWs9JNrFpE?fs=1&hl=en_US&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/LSWs9JNrFpE?fs=1&hl=en_US&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="405"></embed></object>

<object width="480" height="405"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/4lh22VM8ffs?fs=1&hl=en_US&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/4lh22VM8ffs?fs=1&hl=en_US&color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="405"></embed></object>

Sekian, terima kasih.SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-52454777209495821772010-08-05T11:12:00.000-07:002010-08-05T11:12:17.193-07:00Minggu 4 : Jurnal RefleksiKuliah Minggu 4 telah berjalan dengan baik dan lancar. Pensyarah telah memberikan satu penerangan yang jelas dan nyata berkaitan Tajuk Wayang Kulit.Kuliah kali ini memperincikan beberapa perkara iaitu Jenis-Jenis Wayang Kulit, Alat Muzik Wayang Kulit dan Perbezaan Antara Wayang Kulit. Usaha tayangan video oleh pensyarah bagi membantu proses pembelajaran pelajar adalah begitu baik sekali. Pelajar telah mendapat gambaran yang begitu jelas lebih-lebih lagi apabila pelajar telah dapat mengenalpasti perbezaan antara wayang kulit hasil dari tayangan video yang dilakukan.

Pengaruh Siam dan Indonesia memberi kesan yang nyata kepada persembahan wayang kulit di negara ini . Jika sebelum ini, saya hanya beranggapan hanya negeri Kelantan yang memiliki seni muzik ini tetapi ternyata sangkaan saya salah apabila wayang kulit boleh didapati pada hampir di setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Terdapat empat jenis wayang kulit yang boleh didapati di negara ini iaitu Wayang Kulit Jawa, Wayang Gedek, Wayang Kulit Melayu dan Wayang Kulit Kelantan.Namun begitu, wayang kulit Kelantan adalah antara wayang kulit yang paling dikenali di seluruh negara. Kuliah yang disampaikan telah menjelaskan mengapa wayang kulit Kelantan menjadi begitu popular dan nilai seninya mungkin lebih tinggi berbanding tiga jenis wayang kulit yang lain. Saya mungkin dapat memahami antara sebabnya adalah wayang ini boleh menyampaikan pelbagai cerita termasuk cerita Melayu, cerita panji dan cerita-cerita tempatan disamping cerita asal iaitu epik Ramayana dan Mahabrata. Kemampuan wayang kulit Kelantan dalam mempelbagaikan puluhan jenis cerita menjadikan wayang kulitnya mendapat tempat dikalangan masyarakat negara ini.

Selain itu, saya juga telah belajar berkaitan jenis alat muzik yang dimainkan semasa wayang kulit dimainkan. Alat muzik yang dimainkan adalah berbeza mengikut jenis wayang kulit.Secara keseluruhannya, wayang kulit akan dipersembahkan dengan diiringi dengan ensembel gamelan. Alat muzik akan membezakan jenis wayang kulit.Alat muzik seperti gong, geduk, serunai, rebab dan gedombak adalah antara alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit.

Elemen patung adalah perkara penting yang terdapat dalam wayang kulit. Patung-patung ini akan berfungsi dan berperanan mengikut cerita yang akan disampaikan. Setiap jenis patung adalah berbeza dan akan memberi penegasan dalam membezakan setiap jenis wayang kulit tersebut. Kriteria yang menjadi kayu ukur dalam membezakan wayang kulit adalah pengaruh wayang diambil dari negeri mana, pergerakan sendi, pakaian dan kedudukan patung semasa persembahan berlangsung.

Wayang kulit bukan sekadar hiburan semata-mata. Wayang ini juga berperanan dalam menyampaikan cerita masyarakat dan pengisian ceritanya juga seringkali diselitkan dengan unsur-unsur nasihat. Selain itu, unsur agama jua ada diterapkan dalam wayang kulit dan disampaikan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang agama.

Saksikan Wayang Gedek yang membawa kisah "Awang Kudis Gatai"

Sekian.

<object width="480" height="405"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/rY1RSou1Fsk&hl=en_US&fs=1?color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/rY1RSou1Fsk&hl=en_US&fs=1?color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="405"></embed></object>SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-38229539962245760172010-07-30T03:09:00.000-07:002010-07-30T03:09:14.011-07:00Minggu 3 : Jurnal RefleksiSalam En. Amran.

Kuliah minggu ketiga telah memberi perincian kepada kuliah minggu kedua. Saya telah dapat untuk memahami dengan lebih mendalam perkara penting seperti kaedah untuk mengklasifikasi, kategori dan ciri-ciri yang terdapat pada muzik tradisional. Saya juga belajar apakah yang dimaksudkan dengan adaptasi dan idiosinkretik serta memahami cara bagaimana melihat muzik tradisional dari sudut pandang adaptasi dan idiosinkretik. Selain itu, kuliah ini memberi pengetahuan kepada saya tentang bagaimana pengaruh-pengaruh dari luar membantuk muzik tradisional mengikut kesesuaian budaya mereka masing-masing. Saya juga dapat melihat bagaimana perubahan penerimaan sesuatau jenis muzik tradsional sejak dari zaman dahulu hingga kini. Sebagai contoh, jika zaman dahulu, jenis muzik tertentu hanya akan dipertontonkan kepada golongan bangsawan tetapi berlaku perubahan di mana muzik ini boleh dipersembahkan kepada setiap lapisan masyarakat pada masa kini dan ia bersesuaian dengan peredaran zaman yang berlaku. Perkara ini secara tidak langsung menyedarkan saya betapa muzik tradisional mempunyai tempat dan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat suatu ketika dahulu. Disamping itu, melalui pembelajaran berkaitan ciri-ciri muzik tradisional pula, saya telah mendapat gambaran dengan lebih jelas berkaitan aspek lakon utama, tarian utama, ensembel, vokal dan instrumen.

Mari kita hayati muzik tradisional yang masih kekal hingga ke hari ini iaitu muzik gamelan dari dua negara berbeza iaitu dari Malaysia dan Indonesia.

Terdapat perbezaan ketara dari segi lagu dan irama muzik dan ia bersesuaian sekali dengan konsep adaptational yang mana ia adalah dipengaruhi oleh budaya setempat. Saksikan.

Gamelan dari Malaysia

<object width="480" height="405"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/1T5NvvP4GeU&hl=en_US&fs=1?color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/1T5NvvP4GeU&hl=en_US&fs=1?color1=0x234900&color2=0x4e9e00&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="405"></embed></object>

Gamelan dari Indonesia

<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/vTyXRuA1D4I&hl=en_US&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/vTyXRuA1D4I&hl=en_US&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>

Sekian.SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-3008039876536448552010-07-30T01:18:00.000-07:002010-07-30T01:18:39.857-07:00Minggu 2 : Jurnal RefleksiSalam encik.

Kuliah minggu kedua telah memberi saya pendedahan tentang perkara asas yang terdapat dalam muzik. Kini, saya faham dengan apakah yang dimaksudkan dengan muzik dan memahami konsep soundscape. Saya juga belajar untuk peka kepada sebarang bunyi selepas menghadiri kuliah ini. Selain itu, kuliah ini juga memberi pendedahan kepada saya untuk memahami budaya dan asal usul sesebuah muzik itu.Melalui kuliah ini juga, saya sedikit sebanyak telah mampu untuk mengklasifikasi alat-alat muzik. Kuliah adalah menarik kerana tayangan video yang dilakukan memudahkan pemahaman pelajar. Kuliah ini juga memberi maklumat kepada saya kepada kewujudan pelbagai jenis muzik tradisional yang terdapat di dalam negara kita. Perkara ini penting agar golongan muda berminat untuk belajar muzik tradisional dan seterusnya berusaha mengekalkan muzik ini di masa akan datang.SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8116791890287825360.post-76974874805121434392010-07-29T18:43:00.000-07:002010-07-29T18:43:32.261-07:00BIODATA

NAMA   : MUNIRAH BT AWANI

NO.MATRIK : D20072031384

PROGRAM  : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN

KUMPULAN : A

SEMESTER : 6

SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN TRADITIONAL MUSIC

E-MAIL  : munirahila@gmail.com

ALAMAT BLOG : http://smp2252munira.blogspot.com/

NEGERI ASAL : SELANGOR

SMP 2252 MUNIRAHhttp://www.blogger.com/profile/00132669298541328345noreply@blogger.com3