Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kuliah 7 merupakan pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan pelajar-pelajar. Pembentangan dilakukan oleh dua kumpulan di mana kumpulan pertama membentangkan tajuk berkaitan sejarah muzik tradisional dan kumpulan kedua membawa tajuk zikir di Malaysia.
Pembentangan berkaitan sejarah muzik tradisional telah memperjelas tentang perkembangan muzik tradisional yang dikatakan berasal dari Barat, India, Timur Tengah dan China. Perkembangan muzik tradisional dicatatkan bermula semenjak kedatangan pedagang-pedagang dari negara Arab, China dan India. Pedagang-pedagang luar bukan sahaja membawa barang dagangan tetapi turut sama menyebarkan budaya, kesusasteraan dan muzik mereka hingga meresapi ke seluruh alam Melayu khususnya. Muzik dari keempat-empat negara ini begitu jelas mempengaruhi muzik tradisi negara kita sehingga ke hari ini. Alat muzik juga dibawa bersama-sama dalam muzik tradisi masyarakat asal dan seterusnya telah diubahsuai dan membentuk muzik tradisi masyarakat di Malaysia. Antara alat muzik yang dibawa masuk dan kekal hingga ke hari ini adalah rebab, gambus, gong dan serunai. Perkembangan muzik tradisional juga dipengaruhi dengan kedatangan Islam. Jika sebelum itu masyarakat Melayu adalah dipengaruhi dengan unsur Hindu Buddha, kedatangan Islam telah menukar sedikit sebanyak muzik tradisional dan menyelitkan sama unsur Islam dalam persembahan. Banyak contoh persembahan yang ada pada hari ini yang berasal dari Arab adalah seperti zikir, ghazal dan hadrah. Manakala seni persembahan opera Cina dan tarian naga adalah berasal dari negara China. Seterusnya kedatangan Barat ke alam Melayu telah membawa alat muzik seperti gitar dan biola.
Pembentangan seterusnya berkaitan dengan zikir. Zikir dicatatkan berasal dari Arab. Zikir merupakan amalan yang sering dilakukan oleh semua umat Islam. Zikir bermaksud mengingati Allah swt bagi mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Selain itu, zikir bermaksud menyebut nama Allah swt. Zikir di Tanah Melayu bermula sejak abad ke tujuh lagi. Zikir pada hari ini sering dilaksana dalam majlis tertentu seperti di majlis tahlil, kesyukuran serta di majlis-majlis ilmu. Terdapat dua kelas zikir iaitu selabik dan mono sematik. Rebana sering digunakan bagi mengiringi persembahan zikir. Setiap muslim perlu menjadikan zikir sebagai amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah swt.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment