Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Minggu ini kuliah adalah melibatkan pembentangan oleh pelajar. Kumpulan saya terlibat dalam melakukan pembentangan dan tajuk yang telah diberikan adalah muzik tradisional Boria.
Kumpulan kami hanya melaksanakan pembentangan dengan melibatkan tiga orang ahli daripada lima orang ahli sahaja. Secara keseluruhannya, kumpulan kami telah melaksanakan tugasan pembentangan dengan sebaik mungkin. Pensyarah telah membantu dengan memberikan komen yang membina dalam memperbaiki dan memperkemas isi-isi berkaitan dengan boria. Pengenalan untuk boria menurut pensyarah perlu diberi penambahan dengan pensyarah telah memberikan beberapa bahan bacaan tambahan yang boleh dibaca dan alternatif lain seperti maklumat di internet untuk kumpulan kami memantapkan lagi isi dalam tugasan boria kali ini. Selain itu, aspek pembentangan seperti kelantangan suara juga dititikberatkan oleh pensyarah agar kami dapat menyampaikan maklumat kepada audien dengan lebih jelas lagi. Segala teguran oleh pensyarah akan membantu kami dalam membaiki mutu pembentangan di masa akan datang.
Seterusnya, sesi soal jawab antara kami dan audien juga berjalan dengan baik. Kumpulan kami sedaya upaya telah mencuba memberi maklum balas yang terbaik kepada setiap soalan yang diajukan. Pensyarah juga telah membantu kami dalam sesi soal jawab bagi membuat perincian dan penerangan lebih lanjut kepada soalan-soalan yang dijawab oleh kumpulan kami.
Sekian.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
2 comments:
terima kasih kepada kumpulan sy yang membentangkan mengenai muzik boria. Tq atas kerjasama n tolak ansur..jgn mara
Tahniah kepada anda, walaupun hanya tinggal bertiga dan masalah kekangan keadaan yang begitu diulik hari raya aidlfitri tetapi anda semua masih lagi dapat menjalankan tugan dengan baik untuk pembentagan boria...teruskan usaha anda
Post a Comment