Sunday, August 22, 2010

Minggu 6 : Jurnal Refleksi

Kuliah Minggu 6 adalah berfokuskan kepada muzik tradisional Makyung dan Kompang. Kami telah diperkenalkan kepada pelbagai pendekatan dalam muzik makyung dan kompang. Bagi muzik makyung, sasarannya adalah sejarah, persembahan dan alat muzik serta muzik makyung dalam bentuk melodi, bentuk dan irama.

Pengalaman menduduki kelas makyung minggu ini adalah saya dapat memahami sejarah makyung itu sendiri. Sejak kecil, saya telah memahami bahawa makyung adalah terkenal di negeri Kelantan. Makyung pada dasarnya berasal dari Wilayah Patani. Ia kemudiannya dibawa masuk ke Tanah Melayu sekitar 200 tahun lalu terutama ke negeri Kelantan dan Kedah. Makyung merupakan sejenis persembahan jenis drama tari dan kini sering disampaikan bagi tujuan persembahan. Pada zaman dahulu, makyung juga disampaikan bagi tujuan ritual atau penyembuhan penyakit. Cerita asal makyung adalah berkenaan Dewa Muda. Watak utama dalam muzik ini adalah watak Makyung dan Pakyung. Persembahan makyung tidak lengkap jika tidak diiringi dengan muzik dan tarian dalam penyampaian kisah-kisahnya. Alat muzik yang biasanya digunakan adalah rebab dan gendang.

Berikut adalah salah satu persembahan Makyung. Saksikan.




Bagi muzik tradisional kompang pula, sasaran bagi kuliah kali ini adalah sejarah, alat muzik serta muzik kompang dari aspek tempo dan rentak. Kompang dilihat adalah begitu sinonim dengan masyarakat Melayu kita. Hampir di setiap negeri sama ada bagi menyambut majlis formal atau tidak, kompang sering kali menjadi pilihan utama digunakan untuk memeriahkan suasana. Bagi saya, kompang adalah salah satu muzik tradisional yang paling dekat dengan masyarakat Melayu tanpa mengira muda atau tua, di bandar mahupun di desa. Kompang seperti yang saya pelajari adalah berasal dari negara Arab dan telah tersebar ke Kepulauan Melayu khususnya di Tanah Melayu dan Indonesia. Persembahan kompang begitu menitikberatkan soal pemakaian dan biasanya dipersembahkan secara berkumpulan. Setiap negeri membawa jenis muzik yang berbeza dan antara negeri yang aktif dalam muzik kompang adalah Melaka, Perak dan Selangor. Selain itu, teknik bermain kompang juga berbeza-beza dan antara teknik permainan adalah meningkan, melulu dan menyilang. Saya juga difahamkan bahawa muzik kompang telah mengalami inovasi dan salah satu daripadanya wujud muzik Kompang Formasi dan biasanya dipersembahkan bagi tujuan pertandingan. Kelas minggu ini juga berbeza dari kelas-kelas lain kerana saya telah berkesempatan untuk bermain kompang bersama rakan-rakan yang lain. Pengalaman bermain kompang ini adalah yang pertama kali kerana sebelum ini saya tidak pernah berpeluang memainkan alat muzik ini. Pensyarah telah memberi tunjuk ajar yang jelas sekali disamping dibantu oleh rakan-rakan yang lain.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP A

  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    14 years ago
  • REFLEKSI KESELURUHAN - SALAM... Setelah 14 minggu bersama di dalam kelas SMP 2252 Muzik Tradisional ini telah banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan saya kira rakan-rak...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    14 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    14 years ago
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    14 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    14 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    14 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    14 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    14 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    14 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    14 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    14 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    14 years ago

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP 2252 MUNIRAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template