Minggu kelima kuliah adalah bertajuk Gamelan dan Caklempong. Kuliah telah dimulakan dengan pensyarah memberi penerangan berkaitan dengan muzik gamelan. Penekanan dalam gamelan dan caklempong adalah berkaitan dengan sejarah dan jenis-jenis, alat muzik dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur.
Secara ringkasnya, saya telah memperolehi beberapa pengajaran baru hasil dari kuliah ini. Kuliah ini telah memberi saya penekanan bahawa pada dasarnya gamelan dan caklempong adalah merupakan muzik yang sama antara keduanya. Namun, terdapat beberapa perkara yang membezakan antara dua jenis alat muzik ini. Rentak antara kedua muzik ini boleh dibezakan dengan jelas apabila caklempong dimainkan dengan rentak yang laju dan gamelan dimainkan lebih perlahan. Perbezaan yang lain adalah dari segi peralatan di mana muzik caklempong boleh dikenalpasti apabila wujud elemen peralatan erofon seperti bangsi dan serunai dalam muziknya.
Manakala dari segi sejarahnya, kedua jenis muzik ini adalah berasal dari Indonesia. Di sini, saya dapat melihat betapa besarnya pengaruh Indonesia pada kedua jenis muzik in. Baik gamelan mahupun caklempong muzik asal keduanya adalah berasal dari Indonesia. Namun, muzik gamelan dan caklempong dari Indonesia sudah pun mengalami perubahan dan disesuaikan dengan masyarakat dan budaya tempatan.
Gamelan terdiri dari dua jenis yang utama iaitu Gamelan Jawa dan Gamelan Melayu.Bagi alat muzik pula, kebanyakan alat muzik gamelan kedua jenis adalah sama tetapi Gamelan Jawa adalah lebih rumit dan mempunyai tambahan beberapa alat muzik yang lain. Gamelan Melayu memiliki tujuh alatan dan Gamelan Jawa mempunyai sembilan alatan muzik.
Pada masa dahulu, gamelan sering dimainkan sebagai simbol sesuatu majlis akan berlangsung. Pada waktu ini pula, dapat saya rumuskan bahawa muzik ini juga sering dimainkan secara simbolik sahaja terutama dalam pembukaan satu-satu majlis. Muzik gamelan juga merupakan muzik yang dimainkan di istana-istana. Konteksnya telah berubah tidak seperti pada zaman dahulu yang mana muzik ini sangat penting untuk dimainkan sebagai satu tanda pembukaan majlis atau upacara. Perkara ini berlaku kerana perubahan zaman dari masyarakat tradisi ke masyarakat moden. Bagi muzik caklempong pula, ia sering dimainkan bagi mengiringi tarian, majlis-majlis keramaian, tarian piring serta mengiringi satu majlis pencak silat.
Sebagai penutup, saksikan muzik gamelan dari Terengganu dan muzik caklempong yang mengiringi tarian piring dari Negeri Sembilan.
Sekian, terima kasih.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
1 comments:
Refleksi yang sangat menarik ditambahkan lagi dengan video dan gambar yang berkaitan dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca. Tahniah.
Post a Comment