Thursday, August 5, 2010

Minggu 4 : Jurnal Refleksi

Kuliah Minggu 4 telah berjalan dengan baik dan lancar. Pensyarah telah memberikan satu penerangan yang jelas dan nyata berkaitan Tajuk Wayang Kulit.Kuliah kali ini memperincikan beberapa perkara iaitu Jenis-Jenis Wayang Kulit, Alat Muzik Wayang Kulit dan Perbezaan Antara Wayang Kulit. Usaha tayangan video oleh pensyarah bagi membantu proses pembelajaran pelajar adalah begitu baik sekali. Pelajar telah mendapat gambaran yang begitu jelas lebih-lebih lagi apabila pelajar telah dapat mengenalpasti perbezaan antara wayang kulit hasil dari tayangan video yang dilakukan.


Pengaruh Siam dan Indonesia memberi kesan yang nyata kepada persembahan wayang kulit di negara ini . Jika sebelum ini, saya hanya beranggapan hanya negeri Kelantan yang memiliki seni muzik ini tetapi ternyata sangkaan saya salah apabila wayang kulit boleh didapati pada hampir di setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Terdapat empat jenis wayang kulit yang boleh didapati di negara ini iaitu Wayang Kulit Jawa, Wayang Gedek, Wayang Kulit Melayu dan Wayang Kulit Kelantan.Namun begitu, wayang kulit Kelantan adalah antara wayang kulit yang paling dikenali di seluruh negara. Kuliah yang disampaikan telah menjelaskan mengapa wayang kulit Kelantan menjadi begitu popular dan nilai seninya mungkin lebih tinggi berbanding tiga jenis wayang kulit yang lain. Saya mungkin dapat memahami antara sebabnya adalah wayang ini boleh menyampaikan pelbagai cerita termasuk cerita Melayu, cerita panji dan cerita-cerita tempatan disamping cerita asal iaitu epik Ramayana dan Mahabrata. Kemampuan wayang kulit Kelantan dalam mempelbagaikan puluhan jenis cerita menjadikan wayang kulitnya mendapat tempat dikalangan masyarakat negara ini.

Selain itu, saya juga telah belajar berkaitan jenis alat muzik yang dimainkan semasa wayang kulit dimainkan. Alat muzik yang dimainkan adalah berbeza mengikut jenis wayang kulit.Secara keseluruhannya, wayang kulit akan dipersembahkan dengan diiringi dengan ensembel gamelan. Alat muzik akan membezakan jenis wayang kulit.Alat muzik seperti gong, geduk, serunai, rebab dan gedombak adalah antara alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit.

Elemen patung adalah perkara penting yang terdapat dalam wayang kulit. Patung-patung ini akan berfungsi dan berperanan mengikut cerita yang akan disampaikan. Setiap jenis patung adalah berbeza dan akan memberi penegasan dalam membezakan setiap jenis wayang kulit tersebut. Kriteria yang menjadi kayu ukur dalam membezakan wayang kulit adalah pengaruh wayang diambil dari negeri mana, pergerakan sendi, pakaian dan kedudukan patung semasa persembahan berlangsung.

Wayang kulit bukan sekadar hiburan semata-mata. Wayang ini juga berperanan dalam menyampaikan cerita masyarakat dan pengisian ceritanya juga seringkali diselitkan dengan unsur-unsur nasihat. Selain itu, unsur agama jua ada diterapkan dalam wayang kulit dan disampaikan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang agama.

Saksikan Wayang Gedek yang membawa kisah "Awang Kudis Gatai"
Sekian.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP A

  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    14 years ago
  • REFLEKSI KESELURUHAN - SALAM... Setelah 14 minggu bersama di dalam kelas SMP 2252 Muzik Tradisional ini telah banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan saya kira rakan-rak...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    14 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    14 years ago
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    14 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    14 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    14 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    14 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    14 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    14 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    14 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    14 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    14 years ago

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP 2252 MUNIRAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template