Salam En. Amran.
Kuliah minggu ketiga telah memberi perincian kepada kuliah minggu kedua. Saya telah dapat untuk memahami dengan lebih mendalam perkara penting seperti kaedah untuk mengklasifikasi, kategori dan ciri-ciri yang terdapat pada muzik tradisional. Saya juga belajar apakah yang dimaksudkan dengan adaptasi dan idiosinkretik serta memahami cara bagaimana melihat muzik tradisional dari sudut pandang adaptasi dan idiosinkretik. Selain itu, kuliah ini memberi pengetahuan kepada saya tentang bagaimana pengaruh-pengaruh dari luar membantuk muzik tradisional mengikut kesesuaian budaya mereka masing-masing. Saya juga dapat melihat bagaimana perubahan penerimaan sesuatau jenis muzik tradsional sejak dari zaman dahulu hingga kini. Sebagai contoh, jika zaman dahulu, jenis muzik tertentu hanya akan dipertontonkan kepada golongan bangsawan tetapi berlaku perubahan di mana muzik ini boleh dipersembahkan kepada setiap lapisan masyarakat pada masa kini dan ia bersesuaian dengan peredaran zaman yang berlaku. Perkara ini secara tidak langsung menyedarkan saya betapa muzik tradisional mempunyai tempat dan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat suatu ketika dahulu. Disamping itu, melalui pembelajaran berkaitan ciri-ciri muzik tradisional pula, saya telah mendapat gambaran dengan lebih jelas berkaitan aspek lakon utama, tarian utama, ensembel, vokal dan instrumen.
Mari kita hayati muzik tradisional yang masih kekal hingga ke hari ini iaitu muzik gamelan dari dua negara berbeza iaitu dari Malaysia dan Indonesia.
Terdapat perbezaan ketara dari segi lagu dan irama muzik dan ia bersesuaian sekali dengan konsep adaptational yang mana ia adalah dipengaruhi oleh budaya setempat. Saksikan.
Gamelan dari Malaysia
Gamelan dari Indonesia
Sekian.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
2 comments:
Posting yang menarik dengan perbandingan dua bentuk persembahan gamelan dari dua negara yang berbeza.
tahniah!! menarik sekali perbandingan 2 bentuk persembahan ini..
Post a Comment