Salam encik.
Kuliah minggu kedua telah memberi saya pendedahan tentang perkara asas yang terdapat dalam muzik. Kini, saya faham dengan apakah yang dimaksudkan dengan muzik dan memahami konsep soundscape. Saya juga belajar untuk peka kepada sebarang bunyi selepas menghadiri kuliah ini. Selain itu, kuliah ini juga memberi pendedahan kepada saya untuk memahami budaya dan asal usul sesebuah muzik itu.Melalui kuliah ini juga, saya sedikit sebanyak telah mampu untuk mengklasifikasi alat-alat muzik. Kuliah adalah menarik kerana tayangan video yang dilakukan memudahkan pemahaman pelajar. Kuliah ini juga memberi maklumat kepada saya kepada kewujudan pelbagai jenis muzik tradisional yang terdapat di dalam negara kita. Perkara ini penting agar golongan muda berminat untuk belajar muzik tradisional dan seterusnya berusaha mengekalkan muzik ini di masa akan datang.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment